Subscribe:

Thursday, 3 May 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia


Berita ini dipetik daripada Blog Mazidul Akmal


Kakitangan ambulan Hospital Sungai Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal
dunia pada jam 4.38 petang tadi .

Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada saya .

Ketika tiba di rumah arwah padan jam 4.30 petang , jururawat peribadi arwah , Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR .

" Berapa minit buat CPR ? " , soal saya .

" Lebih kurang 20 minit bang , " balasnya .

Beberapa minit kemudian , dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan
mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian .

" Tiada nadi dan nafas , anak mata sudah membesar , " ujar kakitangan hospital
tertbabit .

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya .

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan .

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman , Zed Zaidi .

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah ,
C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Al-Fatihah . . .

0 comments:

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^