Subscribe:

Wednesday, 19 September 2012

Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin ( Oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus )



~ ASSALAMUALAIKUM ~

Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin !!! Petikan caramah ustaz Sharhan .



Antara nama-nama yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti :
- Balqis
- Kistina / Qistina
- Najwa
- Zakuan
- Batrisha
- Erisha
- Mazda




Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama ? Hehe , tidak sebenarnya . Hanya tukar cara panggilan nama tersebut . Contoh jika nama Siti Najwa , panggil saja nama Siti . Jangan panggil Najwa .

Ustaz Sharhan jelaskan , nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik / maksud yang indah , cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin . Wallahua'lam

p/s : Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam .

--------------------------------------------------------------

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut ? Sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis . Sini dengar apa Ustaz Azhar Idrus jawab .




Memang tidak ada dalam Al-Quran , tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini . Beliau lebih arif mengenainya , jadi kita perlulah menghormati pandangan beliau selalu pengamal perubatan Islam .

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60% - 70 % orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas .

Kesimpulannya , tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik , tetapi mungkin betul pandangan pengamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin . Wallahua'lam

credit to KhairilMazri

0 comments:

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^