Subscribe:

Thursday, 20 August 2015

7 Cara Mudah Kempiskan Perut


ASSALAMUALAIKUM


Seorang yang mempunyai perubahan fizikal seperti 'perut buncit' selalunya kurang mempunyai keyakinan diri dan berasa malu untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai. Malah, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Bukan itu sahaja, individu itu akan berasa lebih tersisih apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan. Di sini, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki dan wanita untuk mengatasi masalah perut buncit.

BANYAKKAN MEMINUM AIR MASAK


Apabila badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga boleh meningkatkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.


MAKAN DENGAN PERLAHAN


Kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan akan membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Proses kembung perut berlaku disebabkan makanan tidak dikunyah sehingga kecil dan juga tidak dapat dicerna dengan sempurna.


HADKAN GARAM DALAM MAKANAN


Ekstrak sodium akan bertambah terhadap cairan dalam tubuh jika terlalu banyak garam dalam proses diet dan akan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama-kelamaan, boleh berlaku kebuncitan pada perut.


PERBANYAKKAN MAKAN MAKANAN SERAT


Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Amalkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan. Selain itu, dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini :)


KESAN MENGAMBIL UBAT


Terdapat kajian mengatakan pengambilan pelbagai jenis ubat menjadi salah satu punca perut menjadi 'perut buncit'. Sebagai contoh, Aspirin yang terlalu kerap diambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.


ELAKKAN SEMBELIT


Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Malangnya, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat amat digalakkan.


BERSENAM ATAU BERSUKAN


Bersukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan sebagai peluh. Seterusnya, dapat mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Nota:
*Berenang adalah sukan yang paling cepat proses membakar lemak kerana renang akan menggunakan pergerakan secara menyeluruh. Selamat mencuba! ;)


TERIMA KASIH !!!


6 comments:

Eintan Nurfuzie said...

kena minum air mengikut berat badan,

Miss said...

Eintan Nurfuzie : Ya, betul3 :)

Hajar Shikin said...

Nice sharing, memang tengah berusaha untuk kempiskan perut ni

Miss said...

Hajar Shikin : Thank you! Semoga berjaya kempiskan perut dengan tips ni :D

Maisarah Humaira said...

tips yg bagus ni..

Ima Hamdan said...

Maisarah Humaira : InshaAllah :) Semua orang boleh cuba ;)

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^