Subscribe:

Sunday, 23 August 2015

Kisah Michai, Monyet Yang Cedera Akibat Terkena Mercun


ASSALAMUALAIKUM

Selamat malam semua.
Hari ni saya sedih sangat bila dapat tau berita yang tengah viral sekarang ni.
Berita ni membuatkan saya rasa nak share di dalam blog saya.
Biarkan kisah ni tetap melekat di sini sebagai kenangan :(


Seperti yang anda semua tahu, kisah monyet yang cedera akibat mercun.
Berita ni sedang viral di laman sosial baru-baru ini.

Ada manusia yang tak punya perasaan sanggup baling mercun bola dekat monyet ni.
Mesti laa monyet tu ingat makanan, bila dia ambil benda tu pun meletup.
Nasib baik tak sempat masuk mulut. Ya Allah! Kejamnya manusia tu :'(


Anda sendiri boleh lihat penderitaan yang monyet ni alami.
Dia tak mampu nak mengadu sakit, dia tak mampu nak menyatakan kesedihan,
dia tak mampu nak menangis kesakitan macam manusia.

Dari riak wajah mukanya, saya dapat rasakan perasaan dia :'(
Macam mana dia nak bergayut lagi, macam mana dia nak cari makan lagi.
Macam mana dia nak hidup secara normal lagi, macam mana?
Kenapa lah manusia sekarang tersangat kejam.


Berita yang lebih mengejutkan saya lagi adalah...
Berita terbaru mengatakan monyet ni telah dilanggar lari sabtu lepas.
Ya Allah! Mengalir terus air mata saya bila dengar berita tu T_T

Walaupun ianya hanya seekor monyet,
Saya sangat sedih macam keluarga sendiri yang hilang.
Saya pun tak tahu kenapa perasaan ni tiba-tiba hadir.

Tak apa lah wahai monyet bernama Michai.
Mungkin Allah tak nak Michai menderita lama-lama.
Sebab tu Allah panggil Michai untuk selama-lamanya :')
Jangan risau Michai, si pelaku akan mendapat balasan yang setimpal.

Allah itu Maha Adil.
Terlepas jauh dari mahkamah dunia pun,
Dia tetap tak akan terlepas di mahkamah akhirat :)
Tenanglah di sana ye Michai sayanggg :')

Di bawah ni, ada sedikit perkongsian tentang Michai.
Kisah sebenar tentang Michai dan kehilangannya.


"Kisah beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun. Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR Ampang. Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola. Mochai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah. Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati."

Perkongsian ini turut meminta agar pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral di kawasan tersebut.
"Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana"

Diharap agar pihak berkenaan tampil membuat sesuatu supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Status oleh @zoologiMY itu kini viral dengan hashtag #JusticeForMichai

TERIMA KASIH !!!

9 comments:

Chubby Hanna said...

Assalamualaikum. salam perkenalan.
kesian dengan monyet ni kan. sedih baca pasal dia kat fb. :(

Syaza Syafeeqah said...

kesiannya dia...

Miss said...

Chubby Hanna : Waalaikumsalam. Salam perkenalan juga :) Hurm...yup, sedih sangat baca kisah dia :'( Kenapa la yang buat tu takde perasaan langsung kan...

Syaza Syafeeqah : Kesian sangat2. Sedih sampai mengalir air mata dapat tahu dia dah takde :(

Jejak Jutawan Senyap said...

Allahuakbar... Apakah manusia.....

Eintan Nurfuzie said...

kecian kan dia.. xpe.. syurga tmptnya

kisah earty said...

kejamnya lah sape yang buat ni..

Miss said...

Jejak Jutawan Senyap : Tak tau lah nak dikategorikan apa. Nak kata binatang, binatang pun ada perasaan :(

Eintan Nurfuzie : Yup :') Syurga menanti dia..

kisah earty : Memang kejam sangat. Wajib dihukum sampai mati :(

NUR RAIHANAH said...

kesian diaa. tapi kan sebenarnya monyet salah satu haiwan yang sy takut sgt. sbb dulu fobia kena kejar monyet masa explorace! kahhkah.

Miss said...

NUR RAIHANAH : Kann...Saya pun takut jugak dengan monyet...Tapi, tak penah la kena kejar heheh. Tapi kesian laa kan dibuat macam tu. Kesiann dia :(

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^