Subscribe:

Wednesday, 19 August 2015

Tips Kecantikan Paling Mudah


ASSALAMUALAIKUM


Hari ni saya nak kongsi sikit tips kecantikan yang semua orang mampu buat!
Tips ni sesuai untuk orang yang tak mampu nak beli produk yang mahal-mahal
termasuk lah saya :P Hehehee

So, jom kita buat lawatan sambil menyelerakkan dapur. Kehkehkeh
Lagi bagus menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk cantikkan kulit ;)
Sebab tu orang dulu-dulu cantik. Mana ada pakai produk-produk macam sekarang.
Setuju? Jom cuba try test! :D


MASKER GULA :

Gula? Ya, gula! Gula juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk pengelupasan kulit mati yang ada dekat muka atau badan. Jangan risau, pengelupasan tu tak pedih dan menggelupas secara lembut. Cara-caranya?

Tambahkan gula pada pembersih muka atau shower gel. Kemudian, sapukan pada tempat-tempat berkenaan (saya sapu seluruh muka je terus, hihi). Ia sangat elok untuk buang sel kulit mati ataupun daki-daki yang degilBoleh juga dijadikan skrub dengan campuran minyak pati, minyak zaitun dan gula.


KIUB AIS :

Nak kulit muka tegang? Nak jerawat cepat kecut? Lepas basuh muka, lap bersih-bersih. Ambil kiub ais dan urut secara lembut pada seluruh wajah dengan penuh kasih sayang. Hehehe :D Seeloknya, kiub ais daripada air masak, bukan air paip! Rajin-rajinkanlah buat kiub ais sendiri kat rumah ye. Bila dah siap, lap muka perlahan-lahan dan rasakan kesegarannya! ;)


LEMON :

Ramai yang tak tahu khasiat lemon. Dalam lemon, ada asid yang baik untuk kulit, pedalaman dan  gigi. Lemon ada ciri-ciri anti bakteria dan anti kulat yang bagus untuk membuang kotoran yang menyebabkan jerawat dan bintik hitam.

Potong lemon nipis-nipis seperti dalam gambar dan campurkan dengan air kosong ataupun teh hijau sebab ia boleh merawat masalah kulit berminyak, mencerahkan tona kulit, menguatkann akar rambut dan boleh memutihkan gigi!


TEH UNCANG :

Teh uncang yang telah digunakan, boleh buat sebagai toner untuk menyegar dan menegangkan kulit. Sesuai kepada sesiapa yang mempunyai lingkaran hitam bawah mata macam saya :D Selamat Mencuba!


KOPI :

Ada masalah rambut kusam? Atau masalah rambut bercabang? Jangan risau sebab kopi kan ada! :D Hanya tambahkan kopi ke dalam mask rambut dan biar dia jalankan tugas dia untuk menyinarkan rambut anda! Hehehe

Serbuk kopi juga boleh dijadikan skrub untuk mengurangkan selulit pada badan. Tak perlu pergi buang duit untuk pergi spa! Selamat Mencuba ;)


MADU :

Madu secara semulajadi memang berkesan dari dulu hingga sekarang kerana madu berupaya untuk menarik kelembapan dari udara ke dalam kulit untuk penghidratan yang tahan lama.

Ciri-ciri anti bakteria dan anti-radang yang ada pada madu juga dapat membantu mengurangkan kemunculan parut dengan regenerasi sel-sel tisu. Madu juga boleh digunakan sebagai mask rambut untuk menyinarkan lagi rambut yang kusam.

Pesanan saya, jangan suruh suami belikan madu asli. Takut balik-balik nanti dia bawak madu yang betul-betul asli ! Hahaha gurau jer :P *yang tak faham, duduk diam2 hihihi


MINYAK KELAPA :

Minyak kelapa salah satu cara untuk selesaikan masalah tangan kering. Apabila dah lepas basuh pinggan mangkuk, letakkan sedikit minyak kelapa atas tangan untuk menjaga kelembapan tangan ;)

Kepada yang selalu mencukur janggut, boleh sapukan minyak kelapa pada tempat berkenaan selepas cukur. Mudah dan jimat! Selain itu, boleh juga digunakan untuk melembapkan kaki.

Dan kepada yang suka pakai 'make-up', tak perlu beli make-up remover bagai sebab minyak kelapa pun boleh tanggalkan solekan itu. Selamat mencuba! ;)


YOGURT :

Yogurt dapat memusnahkan pelbagai bakteria, kulat dan kuman yang menyebabkan jerawat pada muka atau badan.

Ia juga boleh melawan radikal bebas dan dikatakan mengandungi ciri-ciri anti penuaan yang melambatkan kemunculan kedutan, sambil mengekalkan keanjalan muka.

Yogurt yang diletakkan pada rambut pula membantu merangsang pertumbuhan rambut kerana ia bertindak sebagai pembersih semulajadi dan membantu menghilangkan kelemumur. Manfaat anti-bakteria juga membantu mengurangkan masalah gatal kulit kepala.



credit to suriafm.com.my

TERIMA KASIH


6 comments:

ruslanafiq said...

Wah.. Gula tu saya baru tau

Miss said...

ruslanafiq : Hehehe sama lah kita. Baru je tahu. Sebab tu saya share tips ni supaya lebih ramai lagi tahu :D

Nurzaliza Mohd Ali said...

nanti nak try yang gula tuu..

Miss said...

Nurzaliza Mohd Ali : Silakan :D Saya dah try dah, tapi baru try sekali. Lepas try yang gula tu, terus try yang kiub ais tu. Memang rasa segar :D

Aniey Yusoff said...

banyak yg br tahu ni. Kena rerajin selerakkan dapur ni hikhik

Miss said...

Aniey Yusoff : Hihihi same lah kita. Jom selerakkan dapur :P

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^