ASSALAMUALAIKUM
Majlis pertunangan pasangan bekas bintang Akademi Fantasia ini dikatakan telah diadakan secara tertutup di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat rapat mereka.
- Gambar Astro GEMPAK
Akim Ahmad atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad, 24 tahun yang merupakan Vokalis bagi kumpulan The Akim & The Magistrate telah selamat bertunang dengan kekasihnya iaitu Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam, 25 tahun pada 26 September 2015 yang lalu.
Majlis pertunangan pasangan kekasih ini yang merupakan bekas bintang Akademi Fantasia dilakukan di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh sahabat rapat dan ahli keluarga sahaja.
Akim yang sungguh tampan dan bergaya dengan Baju Melayu berwarna hijau yang dipakainya. Begitu juga baju tunang Stacy berwarna merah jambu yang dipakainya sangat cantik dan lembut warnanya.
"Syukur alhamdulillah. Majlis pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi pada 26 September, 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang." - kata Akim melalui kapsyen di Instagram
Antara gambar di sekitar Majlis Pertunangan antara Akim dan Stacy. Nak tengok lagi gambar yang lain? Jom kita sambung tengok di bawah! :)
Cincin pertunangan Stacy
Akim, Stacy dan Bella Valentina (anak angkat stacy)
Baju pertunangan Stacy
Akim dan Stacy di Majlis Pertunangan mereka
Pelamin pertunangan Akim & Stacy
Stacy bersama Bella Valentina
Tahniah buat Akim dan Stacy daripada saya kerana telah selamat bertunang. Saya doakan hubungan mereka berdua kekal sampai bila-bila dan semoga bahagia bersama yang tersayang :) Always support them! Saya doakan juga supaya Stacy tetap tabah dengan kata-kata 'haters' di luar sana tentang status barunya sebagai Islam. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.
anazarin berbicara sepadan ngak dieorang nie
ReplyDeleteanazarin : Aah. Hanya doakan mereka yang terbaik :)
ReplyDeletecantik stacy pakai baju tunang kan.. ^_^
ReplyDeleteTahniah buat Akim dan Stacy... Sama cantik sama padan :)
ReplyDeletemastura mazlan : Betul3! Cantik sangat ^.^
ReplyDeleteKakak Tiri Cinderella : Ya, saya sokong itu. Hehehe