Skip to main content

Showcase De'Meises Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur


ASSALAMUALAIKUM



De'Meises Band yang berasal dari Cianjur, Indonesia telah membuat persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2015 tadi yang bernaung di bawah Warner Music Indonesia. Untuk pengetahuan semua, band ini telah ditubuhkan pada 5 Mei 2008 dan telah menerbitkan single pertamanya iaitu Lagu "Dengarlah Bintang Hatiku" dalam album Dengarlah pada tahun 2011.

De'Meises dibentuk dari erti kata "De" yang bermaksud "The" dalam bahasa inggeris dan "Meises" merupakan butiran coklat (Chocolate Rice) yang disukai ramai. Dengan falsafah tersebut, De'Meises ingin menjadi band dengan menampilkan karyanya yang disukai ramai orang dari semua kalangan.


Selepas kejayaan dengan lagu fenomena "Dengarlah Bintang Hatiku", De'Meises telah menerima Anugerah Platinum Berkembar pada November tahun lalu dan telah mengadakan sebuah showcase bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2015 pada jam 3 petang.

Kini, De'Meises Band tampil dengan single terbarunya "Biar Saja" pada tahun 2015. Lebih menariknya lagi, Official Music Video Biar Saja tampil bersama Bintang Remaja Popular Malaysia, Ayda Jebat sebagai model klip video.


Petikan dari Mangga Online :

"Sebelum ini kami tidak kenal Ayda Jebat. Tetapi setelah pihan Warner maklumkan beliau menjadi model klip video lagu Biar Saja, kami mula berhubung dengannya melalui telefon.

"Kami banyak berkomunikasi dalam usaha untuk saling mengenali lebih dekat sebelum berkolaborasi. Ternyata Ayda sangat baik dan peramah. Dia cepat serasi dengan kami.

Setelah mengenalinya barulah kami tahu Ayda pelakon baru yang sedang ngetop di Malaysia. Jadi, secara tidak langsung kolaborasi De'Meises dengan Ayda adalah langkah bagus buat kami untuk lebih dikenali di sini.

"Saya tidak nafikan populariti Ayda turut beri impak positif pada De'Meises untuk mencipta nama dia sini," - jelas Iman kepada Mangga Online


Dengan kejayaan karya mereka selama ini, De'Meises telah menerima Plaque daripada Warner Music Malaysia untuk "Anugerah 6x Platinum Digital Download - 1.2 million download" untuk lagu Dengarlah Bintang Hatiku di ibu kota Kuala Lumpur.

De'Meises Band dianggotai oleh Iman Lukman Asikin (Iman, Vokalis), Messias Mochamad Mahdi (Messi, Gitar), Neno Juliana (Neno, Bass), dan Moch Riza Lesdiana Mulyana (Riza, Drum).


Tahniah daripada saya buat De'Meises kerana telah berjaya memikat hati peminat dengan dua lagunya yang sedang popular di Malaysia iaitu "Dengarlah Bintang Hatiku" dan "Biar Saja".

Saya mula mengenali kumpulan ini sejak tahun 2012 daripada youtube dengan lagunya berjudul "Dengarlah Bintang Hatiku" dan telah menulis lirik lagunya di dalam blog ini pada tahun 2012. Boleh lihat DI SINI !

Sungguh tak sangka, Band yang saya kenal pada tahun 2012 itu tiba-tiba popular pada hujung tahun 2014. Minat saya terhadap kumpulan De'Meises mula membara semula setelah sekian lama menyepi dari hidup saya :) Doa saya semoga sukses selalu buat De'Meises!

Di sini, saya lampirkan bersama video De'Meises ketika di Showcase Hard Rock Cafe Kuala Lumpur :) Semoga terhibur! *maaf kualiti video yang kurang memuaskan

"De' Meises - Dengarlah Bintang Hatiku"


Comments

Popular posts from this blog

Cerita Holiday Di Glory Beach Resort Port Dickson

A S S A L A M U A L A I K U M Hai semua! Hari ni saya nak story about my holiday yang tak dirancang ni. Semuanya tak dirancang dan merupakan rezeki kami sekeluarga :) Uh! Ada laa seorang hamba Allah ni baik hati bagi tiket holiday dia dekat kami. Merupakan sebuah 'penthouse' di Glory Beach Resort Port Dickson ni yang berharga RM1,295 dan dah pun siap dibayar. Tinggal duduk je! Ya Allah! Semoga makin murah lah rezeki orang yang bagi kami duduk free ni :) Katanya yang ni 3 bintang, orang tu nak yang 5 bintang punya. Dah book yang 3 bintang ni, tiba-tiba yang 5 bintang tu ada kosong. Tu yang dia tak tau nak bagi sape, diberi peluang dekat kami ^_^ Okey, dah sampai. Ini lobby apartment tu. Excited nye jangan cakap laa kan :P Kami dapat Deluxe Penthouse. Rumah 2 tingkat dan tingkat paling atas. Kami check-in jumaat petang pukul 5.45pm for 3 hari 2 malam :D 7 August - 9 August 2015 Sorry gambar tak berkualiti. Huhuhu Cantik

Tips To Rock Pumps Heels

ASSALAMUALAIKUM Greetings to all readers and followers! Mari baca sedikit Tips Rock Pump Heels  terutamanya bagi wanita yang gemarkan heels dalam kehidupan mereka. Jangan ingat pakai heels ni tiada tips taw! ;) Tips To Rock Pumps Heels Wanita dan heels memang tak kan boleh dipisahkan. Setuju? Walaupun pemakaian pumps heels kadang kala amat menyakitkan kaki dan memberikan rasa yang kurang selesa semasa berjalan atau berdiri terlalu lama, namun wanita MASIH TETAP memilih untuk memakai heels sebagai jenis kasut pilihan mereka. Mengapa? Well, you know beauty is pain! Selain daripada meningkatkan tahap keyakinan si pemakai, heels juga membantu untuk menyerlahkan lagi penampilan sesiapa sahaja yang memakainya. Dan apa yang paling digemari oleh wanita, koleksi heels atau kasut tumit tinggi ini memberikan si pemakai ketinggian ideal yang mereka idam-idamkan. Okey, jom kita lihat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk tampil bergaya dengan memakai koleksi pum

Semakan Senarai Nama PLKN 2014 - Online dan SMS

AS SA LA MU AL AI KU M Haiii semua readers ~ Apa khabar semua ? Sihat ? Harap-harap begitu lah :) Okey , seperti yang korang semua tahu , sekarang ni tengah kecoh pasal pemilihan PLKN siri 11/2014 kan ? Bagi yang lahir pada tahun 1996 iaitu tingkatan 5 , korang dah boleh cek mulai 25 Julai 2013 tadi lagi ( khamis ) . Tapi ramai yang tak dapat masuk laman web PLKN tu , sebab terlalu ramai yang akses and laman web tu pon ' error '  Okey , bagi yang ingin membuat semakan bolehlah ikut step di bawah :) Layari laman web :  http://apps1.khidmatnegara.gov.my/ Then , korang akan jumpa macam ni . And you all need to click ' Semakan Pelatih Terpilih ' ( siri 11/2014 ) After that , korang akan jumpa macam gambar bawah ni :) Apa yang perlu korang buat ialah . . . Masukkan IC dengan lengkap seperti contoh di atas ;) Kemudian tekan button ' CARI ' Dan . . . . . Ini lah yang saya dapat . Huhuhu :'( Tida