Subscribe:

Sunday, 23 September 2012

10 Tanda Dia Jodoh Kita


gambar couple

| GUNAKAN SELURUH PANCAINDERA |

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa . Tapi bagaimana kita ingin tahu adakah dia memang ditakdirkan untuk kita ? Allah S.W.T telah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar , mata untuk melihat dan akal untuk berfikir . Jadi , gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan .

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi spiritual dan fizikal antara keduanya . Apabila bersama , masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain . Lalu gerak hati mengatakan , dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama . Benarkah ia seperti yang diperkatakan ?


gambar kartun couple


10 TANDA DIA ADALAH JODOH KITA

(1) BERSAHAJA
- Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon . Cuba perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa serta makan dan minum . Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik . Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya , sah dia sedang berlakon . Kadang-kadang , kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon . Tetapi , apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat , maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai . Jika tidak , dia mungkin bukan jodoh kita .

(2) SENANG BERSAMA
- Walaupun kita selalu bersamanya , tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita . Sebaliknya , semakin hari semakin sayang kepadanya . Kita sentiasa berasa tenang , gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita . Dia juga merasainya . Rasa senang sekali apabila bersama . Apabila berjauhan , terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya . Tidak kira siang ataupun malam , ketiadaannya terasa sedikit kehilangan .

(3) SENANG BEKERJASAMA
- Kita dan kekasih perlu bekerjasama melalui hidup ini kerana hubungan cinta akan berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang . Kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan sesuatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar . Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing . Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukanya bersama . Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan . Jika tiada kerjasama , sukar bagi kita hidup bersamanya kerana kita yang memikul beban dan tanggungjawab seratus peratus . Bukankah ini menyusahkan ?

(4) TAMPILKAN KELEMAHAN
- Tiada siapa yang sempurna di dunia ini dan tipulah jika ada yang mengaku diri dia insan yang sempurna daripada segala sudut . Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu . Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita , dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . Sudah tentu bukan senang untuk mengaku kelemahan di hadapan kekasihnya . Malah , dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita . Misalnya , apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari , dia tidak menghalang kita daripada melawatnya . Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing , memang ditakdirkan kita hidup bersamanya .

(5) PERCAYA MEMPERCAYAI
- Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri . Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung . Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih , adakah rahsia kita selamat di tangannya ? Bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain akan timbul dari dalam hati nurani mereka . Mereka akan rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain . Satu lagi , kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat . Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran . Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya .

(6) SENTIASA JUJUR
- Dia tidak kisah apa yang kita lakukan selagi tidak menyalahi hukum hakam agama . Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita . Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan . Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita . Selagi kejujuran bertakhta di hatinya , kebahagiaan menjadi milik kita . Apabila berjauhan , kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan . Apabila dia tidak jujur , sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita . Apabila dia jujur , semakin hangat lagi hubungan cinta kita . Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati . Jadi , dialah sebaik-baik pilihan .

(7) MEMAHAMI DIRI KITA
- Bagi pasangan yang berjodoh , dia mestilah memahami diri pasangannya . Semasa kita sakit , dia akan bawa ke klinik . Semasa kita berduka , dialah yang menjadi penghibur . Apabila kita mengalami kesusahan , dia menjadi pembantu . Di kala kita berleter , dia menjadi pendengar . Dia selalu bersama dengan kita dalam sebarang situasi . Tidak kira gembira ataupun duka , dia sentiasa ada untuk kita . Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan . Kata orang " lidah sendiri lagikan tergigit , inikan pula suami isteri " . Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih . Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka , di saat senang dan susah , dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita .

(8) TERIMA KITA SEADANYA
- Dia tak ambil peduli apa pun kisah silam yang pernah kita lakukan . Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan . Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini . Yang penting , siapa kita sekarang . Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya , dia tidak ambil hati langsung . Yang dia tahu , kita adalah miliknya kini . Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya . Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita .

(9) KATA HATI
- Dengarlah kata hati . Kadangkala , manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing . Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu . Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita , tanyalah sekali lagi .Adakah dia ditakdirkan untuk kita ? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan . Serahkan segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa .

(10) SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKKAL
- Jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah S.W.T . Manusia hanya merancang dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa . Adakalanya , dalam memainkan peranan sebagai pelakon , diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati . Mimpi memang mainan tidur , tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk , insyaAllah dengan izin-Nya kita mendapat petunjuk-Nya . Jika dia pilihan kita , buatlah keputusan sebaiknya . Jika tidak , tolaklah dia dengan cara yang baik . Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia . Setelah semuanya diusahakan , berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa . Ingatlah , nikmat di dunia ini hanya sementara . Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya .

Firman Allah S.W.T , bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah , nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [ Surah Muhammad , ayat 7 ]

p/s : Adakah korang sudah jumpa semua perkara yang di atas ini dalam hidup korang  ? Jika sudah , insyaAllah dialah jodoh korang . Kita hanya merancang , tapi Allah yang akan menentukan segalanya . Saya rasa , saya sudahpun jumpa orang yang mempunyai segala perkara di atas dan saya juga berharap dia adalah jodoh saya ! :)

sumber : Klik Aje Blog

4 comments:

Fiza Suhaimi said...

thanks for the sharing dear.. Aamiin.. kalau sampai masa Allah swt bagi la dia dekat kita.. ;)

Amiey said...

Fiza Suhaimi : You're welcome :)
yup ! kalau dah jodoh tak ke mana :)

Asyraf Mohamad Lazim said...

wahhh,, nice sharing,, interesting .. share la lgi benda2 cm ni .. hihi

Amiey said...

Asyraf Mohamad Lazim : Hehe , thank you ! :) InsyaAllah kalau rajin :D

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^