Skip to main content

10 Tanda Dia Jodoh Kita


gambar couple

| GUNAKAN SELURUH PANCAINDERA |

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa . Tapi bagaimana kita ingin tahu adakah dia memang ditakdirkan untuk kita ? Allah S.W.T telah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar , mata untuk melihat dan akal untuk berfikir . Jadi , gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan .

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi spiritual dan fizikal antara keduanya . Apabila bersama , masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain . Lalu gerak hati mengatakan , dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama . Benarkah ia seperti yang diperkatakan ?


gambar kartun couple


10 TANDA DIA ADALAH JODOH KITA

(1) BERSAHAJA
- Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon . Cuba perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa serta makan dan minum . Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik . Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya , sah dia sedang berlakon . Kadang-kadang , kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon . Tetapi , apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat , maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai . Jika tidak , dia mungkin bukan jodoh kita .

(2) SENANG BERSAMA
- Walaupun kita selalu bersamanya , tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita . Sebaliknya , semakin hari semakin sayang kepadanya . Kita sentiasa berasa tenang , gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita . Dia juga merasainya . Rasa senang sekali apabila bersama . Apabila berjauhan , terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya . Tidak kira siang ataupun malam , ketiadaannya terasa sedikit kehilangan .

(3) SENANG BEKERJASAMA
- Kita dan kekasih perlu bekerjasama melalui hidup ini kerana hubungan cinta akan berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang . Kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan sesuatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar . Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing . Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukanya bersama . Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan . Jika tiada kerjasama , sukar bagi kita hidup bersamanya kerana kita yang memikul beban dan tanggungjawab seratus peratus . Bukankah ini menyusahkan ?

(4) TAMPILKAN KELEMAHAN
- Tiada siapa yang sempurna di dunia ini dan tipulah jika ada yang mengaku diri dia insan yang sempurna daripada segala sudut . Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu . Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita , dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . Sudah tentu bukan senang untuk mengaku kelemahan di hadapan kekasihnya . Malah , dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita . Misalnya , apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari , dia tidak menghalang kita daripada melawatnya . Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing , memang ditakdirkan kita hidup bersamanya .

(5) PERCAYA MEMPERCAYAI
- Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri . Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung . Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih , adakah rahsia kita selamat di tangannya ? Bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain akan timbul dari dalam hati nurani mereka . Mereka akan rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain . Satu lagi , kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat . Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran . Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya .

(6) SENTIASA JUJUR
- Dia tidak kisah apa yang kita lakukan selagi tidak menyalahi hukum hakam agama . Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita . Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan . Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita . Selagi kejujuran bertakhta di hatinya , kebahagiaan menjadi milik kita . Apabila berjauhan , kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan . Apabila dia tidak jujur , sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita . Apabila dia jujur , semakin hangat lagi hubungan cinta kita . Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati . Jadi , dialah sebaik-baik pilihan .

(7) MEMAHAMI DIRI KITA
- Bagi pasangan yang berjodoh , dia mestilah memahami diri pasangannya . Semasa kita sakit , dia akan bawa ke klinik . Semasa kita berduka , dialah yang menjadi penghibur . Apabila kita mengalami kesusahan , dia menjadi pembantu . Di kala kita berleter , dia menjadi pendengar . Dia selalu bersama dengan kita dalam sebarang situasi . Tidak kira gembira ataupun duka , dia sentiasa ada untuk kita . Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan . Kata orang " lidah sendiri lagikan tergigit , inikan pula suami isteri " . Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih . Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka , di saat senang dan susah , dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita .

(8) TERIMA KITA SEADANYA
- Dia tak ambil peduli apa pun kisah silam yang pernah kita lakukan . Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan . Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini . Yang penting , siapa kita sekarang . Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya , dia tidak ambil hati langsung . Yang dia tahu , kita adalah miliknya kini . Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya . Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita .

(9) KATA HATI
- Dengarlah kata hati . Kadangkala , manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing . Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu . Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita , tanyalah sekali lagi .Adakah dia ditakdirkan untuk kita ? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan . Serahkan segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa .

(10) SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKKAL
- Jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah S.W.T . Manusia hanya merancang dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa . Adakalanya , dalam memainkan peranan sebagai pelakon , diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati . Mimpi memang mainan tidur , tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk , insyaAllah dengan izin-Nya kita mendapat petunjuk-Nya . Jika dia pilihan kita , buatlah keputusan sebaiknya . Jika tidak , tolaklah dia dengan cara yang baik . Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia . Setelah semuanya diusahakan , berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa . Ingatlah , nikmat di dunia ini hanya sementara . Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya .

Firman Allah S.W.T , bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah , nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [ Surah Muhammad , ayat 7 ]

p/s : Adakah korang sudah jumpa semua perkara yang di atas ini dalam hidup korang  ? Jika sudah , insyaAllah dialah jodoh korang . Kita hanya merancang , tapi Allah yang akan menentukan segalanya . Saya rasa , saya sudahpun jumpa orang yang mempunyai segala perkara di atas dan saya juga berharap dia adalah jodoh saya ! :)

sumber : Klik Aje Blog

Comments

  1. thanks for the sharing dear.. Aamiin.. kalau sampai masa Allah swt bagi la dia dekat kita.. ;)

    ReplyDelete
  2. Fiza Suhaimi : You're welcome :)
    yup ! kalau dah jodoh tak ke mana :)

    ReplyDelete
  3. wahhh,, nice sharing,, interesting .. share la lgi benda2 cm ni .. hihi

    ReplyDelete
  4. Asyraf Mohamad Lazim : Hehe , thank you ! :) InsyaAllah kalau rajin :D

    ReplyDelete

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^

Popular posts from this blog

Cerita Holiday Di Glory Beach Resort Port Dickson

A S S A L A M U A L A I K U M Hai semua! Hari ni saya nak story about my holiday yang tak dirancang ni. Semuanya tak dirancang dan merupakan rezeki kami sekeluarga :) Uh! Ada laa seorang hamba Allah ni baik hati bagi tiket holiday dia dekat kami. Merupakan sebuah 'penthouse' di Glory Beach Resort Port Dickson ni yang berharga RM1,295 dan dah pun siap dibayar. Tinggal duduk je! Ya Allah! Semoga makin murah lah rezeki orang yang bagi kami duduk free ni :) Katanya yang ni 3 bintang, orang tu nak yang 5 bintang punya. Dah book yang 3 bintang ni, tiba-tiba yang 5 bintang tu ada kosong. Tu yang dia tak tau nak bagi sape, diberi peluang dekat kami ^_^ Okey, dah sampai. Ini lobby apartment tu. Excited nye jangan cakap laa kan :P Kami dapat Deluxe Penthouse. Rumah 2 tingkat dan tingkat paling atas. Kami check-in jumaat petang pukul 5.45pm for 3 hari 2 malam :D 7 August - 9 August 2015 Sorry gambar tak berkualiti. Huhuhu Cantik

Tips To Rock Pumps Heels

ASSALAMUALAIKUM Greetings to all readers and followers! Mari baca sedikit Tips Rock Pump Heels  terutamanya bagi wanita yang gemarkan heels dalam kehidupan mereka. Jangan ingat pakai heels ni tiada tips taw! ;) Tips To Rock Pumps Heels Wanita dan heels memang tak kan boleh dipisahkan. Setuju? Walaupun pemakaian pumps heels kadang kala amat menyakitkan kaki dan memberikan rasa yang kurang selesa semasa berjalan atau berdiri terlalu lama, namun wanita MASIH TETAP memilih untuk memakai heels sebagai jenis kasut pilihan mereka. Mengapa? Well, you know beauty is pain! Selain daripada meningkatkan tahap keyakinan si pemakai, heels juga membantu untuk menyerlahkan lagi penampilan sesiapa sahaja yang memakainya. Dan apa yang paling digemari oleh wanita, koleksi heels atau kasut tumit tinggi ini memberikan si pemakai ketinggian ideal yang mereka idam-idamkan. Okey, jom kita lihat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk tampil bergaya dengan memakai koleksi pum

Semakan Senarai Nama PLKN 2014 - Online dan SMS

AS SA LA MU AL AI KU M Haiii semua readers ~ Apa khabar semua ? Sihat ? Harap-harap begitu lah :) Okey , seperti yang korang semua tahu , sekarang ni tengah kecoh pasal pemilihan PLKN siri 11/2014 kan ? Bagi yang lahir pada tahun 1996 iaitu tingkatan 5 , korang dah boleh cek mulai 25 Julai 2013 tadi lagi ( khamis ) . Tapi ramai yang tak dapat masuk laman web PLKN tu , sebab terlalu ramai yang akses and laman web tu pon ' error '  Okey , bagi yang ingin membuat semakan bolehlah ikut step di bawah :) Layari laman web :  http://apps1.khidmatnegara.gov.my/ Then , korang akan jumpa macam ni . And you all need to click ' Semakan Pelatih Terpilih ' ( siri 11/2014 ) After that , korang akan jumpa macam gambar bawah ni :) Apa yang perlu korang buat ialah . . . Masukkan IC dengan lengkap seperti contoh di atas ;) Kemudian tekan button ' CARI ' Dan . . . . . Ini lah yang saya dapat . Huhuhu :'( Tida