Skip to main content

Posts

Showing posts from May 3, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

Berita ini dipetik daripada Blog Mazidul Akmal Kakitangan ambulan Hospital Sungai Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi . Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan  kepada saya . Ketika tiba di rumah arwah padan jam 4.30 petang , jururawat peribadi arwah , Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR . " Berapa minit buat CPR ? " , soal saya . " Lebih kurang 20 minit bang , " balasnya . Beberapa minit kemudian , dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian . " Tiada nadi dan nafas , anak mata sudah membesar , " ujar kakitangan hospital tertbabit . Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya . Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan . Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman , Zed Zaidi . Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah

Nayati Shamelin Moodliar Ditemui Selamat !

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang. Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi. Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata: “Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik.” Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, “kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini. “Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,” kata kenyataan ringkas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount