Skip to main content

Posts

Showing posts from December 12, 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Meninggal Dunia

  BESUT 12 Dis. - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun 1989 hingga 2011. - BERNAMA Sumber Utusan Online Sedih dan terkejut sangat rasanya selepas dapat tahu tentang perkara ni. Saya selalu tengok dalam TV, tak sabar nak tunggu pengumuman raya daripada  Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ini. Apa-apa pun, mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang beriman. Aminnn