SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang. Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi. Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata: “Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik.” Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, “kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini. “Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,” kata kenyataan ringkas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount
| Di mana ada Internet , Di situ ada Blog |