Skip to main content

Posts

Showing posts from May 15, 2012

(4 GAMBAR)Foto Mesra Nazmi Faiz Dan Tengku Fiella

Rasanya masih ada yang tertanya status hubungan pemain bolasepak Nazmi Faiz dengan wanita yang bernama Tengku Fiella . Rasanya melalui gambar-gambar yang kami terima melalui mesej pembaca ini, sudah sah memang Nazmi dan Tengku Fiella mempunyai hubungan istimewa. Nazmi Faiz kini berusia 18 tahun manakala Tengku Fiella lebih tua dari Nazmi , tetapi usia hanya sekadar nombor bak kata orang. Diharap Nazmi akan  perform  dengan lebih cemerlang memandangkan beliau ada sumber inspirasi ini. Heheh. info from HERE

Bruce Willis tayang anak

MABEL Ray dalam pangkuan Bruce Willis PELAKON yang juga bekas suami kepada Demi Moore , Bruce Willis baru-baru berkongsi kegembiraanya melalui gambar di laman Facebook isterinya, Emma Heming-Willis . Willis yang kini berada di Budapest untuk penggambaran filem  A Good Day To Die Hard , dilihat sedang memangku anaknya yang kini berusia enam minggu. Mabel Ray yang dilahirkan pada 1 April lalu merupakan anak keempat Willis dan pertama bersama Emma. Ini juga merupakan kali pertama gambar Mabel di siarkan secara umum. Turut disiarkan bersama gambar tersebut adalah penjelasan Emma mengenai situasi bahagia keluarganya. "Hari yang indah di Budapest bersama orang tercinta. Ayah dan Mabel sedang bermanja ," kata Emma yang dilihat terlalu bahagia dengan kehadiran orang baru itu. Aktor hebat yang berumur 57 itu juga merupakan ayah kepada Rumer, Scout, dan Tallulah yang masing-masing berumur 23, 20, dan 18 iaitu zuriatnya hasil perkahwinan dengan Demi Moore.