Skip to main content

Posts

Showing posts from October 25, 2015

Gambar Pra Perkahwinan Pelakon Shukri Yahaya

ASSALAMUALAIKUM Pelakon Shukri Yahaya kini sedang buat persiapan kahwin. Khabarnya, pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri, Asam Pedas Untuk Dia ini merancang untuk berkahwin pada hujung tahun nanti. Baru-baru ini, pasangan ini telah pun menjalani sesi fotografi yang cukup simple tapi penuh makna. Nampak mereka ini sangat romantis. Foto ini semua dirakam oleh jurugambar profesional terkenal Pinography @pinographyofficial dan disolek oleh Ary Muzamer . “Insya-Allah, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Memang saya merancang untuk berkahwin sama ada hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan.” Wanita yang bakal menjadi suri hidup Shukri bernama Tya, 23, yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu. “Sudah tiga tahun saya berkawan dengan dia. Kami berkenalan di lokasi penggambaran. Ketika itu, saya sedang shooting. Dia datang ke set penggambaran dan daripada situlah kami berkawan sehingga ke hari ini,” cerita Shukri.