Skip to main content

Posts

Showing posts from October 4, 2015

13 Rawatan Muka Secara Tradisional Dengan Mudah

A S S A L A M U A L A I K U M 13 TIPS RAWATAN MUKA SECARA TRADISIONAL TIPS 1 : MENYEGARKAN KULIT MUKA Basuh muka menggunakan air lebihan teh semalam yang tidak habis selama 10-15 minit. Bilas dengan air bersih dan cuci muka seperti biasa menggunakan pencuci muka. Lakukan setiap pagi.   TIPS 2 : MENGHINDARKAN KULIT BERMINYAK Ramas Daun Sirih dan Daun Jambu Batu di dalam semangkuk air. Sapukan air pada muka dan biar selama 5 minit. Kemudian bilas muka dengan air bersih dan lapkan muka dengan tuala muka atau kertas tisu. Lakukan seluruh muka yang berminyak.    TIPS 3 : MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM PADA KULIT Daun Mambu dan Beras direndam sementara mata kunyit hidup ditumbuk hingga halus. Campurkan bahan ini dengan sedikit air. Selepas itu, sapukan bahan tadi pada seluruh muka dan badan. Lakukan rawatan ini dua kali sehari sehingga kulit kelihatan licin dan sihat. notes : Daun ini boleh menghilangkan kesan-kesan hitam pada