ASSALAMUALAIKUM

13 TIPS RAWATAN MUKA SECARA TRADISIONAL

TIPS 1 : MENYEGARKAN KULIT MUKA
Basuh muka menggunakan air lebihan teh semalam yang tidak habis selama 10-15 minit. Bilas dengan air bersih dan cuci muka seperti biasa menggunakan pencuci muka. Lakukan setiap pagi.


TIPS 2 : MENGHINDARKAN KULIT BERMINYAK
Ramas Daun Sirih dan Daun Jambu Batu di dalam semangkuk air. Sapukan air pada muka dan biar selama 5 minit. Kemudian bilas muka dengan air bersih dan lapkan muka dengan tuala muka atau kertas tisu. Lakukan seluruh muka yang berminyak.


TIPS 3 : MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM PADA KULIT
Daun Mambu dan Beras direndam sementara mata kunyit hidup ditumbuk hingga halus. Campurkan bahan ini dengan sedikit air. Selepas itu, sapukan bahan tadi pada seluruh muka dan badan. Lakukan rawatan ini dua kali sehari sehingga kulit kelihatan licin dan sihat.
notes : Daun ini boleh menghilangkan kesan-kesan hitam pada sel-sel kulit yang sudah mati. Rawatan ini sesuai kepada mereka yang menghidapi penyakit campak yang ada bintik-bintik seperti kudis yang akan kering. Kudis yang sudah kering akan tanggal dan kesan tompok hitam akan terhapus.

TIPS 4 : MENYERIKAN MUKA
Selepas mencuci muka, panaskan tuala muka dan letakkan pada muka selama 1 minit. Lakukan tiga kali dan bilas muka dengan air dari peti sejuk.
Dengan menggunakan bedak sejuk, ambil empat atau lima biji bedak sejuk dan basahkan dengan sedikit air. Kemudian sapu rata pada muka sehingga bancuhan ini kering. Sesuai digunakan pada sebelah malam sebelum tidur.
TIPS 5 : MELEMBUTKAN KULIT MUKA
Gunakan Minyak Zaitun pada muka supaya sentiasa kelihatan lembap. Sangat sesuai untuk orang yang jenis berkulit kering. Hanya sapukan minyak zaitun pada seluruh kulit muka untuk kekal lembap untuk jangka masa panjang.


TIPS 6 : MELICINKAN KULIT MUKA
Basuh beras dan rendam dalam beberapa jam. Kemudian giling bersama kunyit hidup. Sapu campuran tersebut pada muka dan ratakan. Ia adalah petua nenek moyang orang india sejak zaman berzaman. Fungsinya sama seperti bedak sejuk iaitu untuk melicinkan dan mencantikkan kulit muka.

TIPS 7 : KEKAL AWET MUKA
Ambil beberapa daun lidah buaya dan keluarkan isi yang merupakan patinya. Sapukan pati ini ke seluruh wajah dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu, basuh kulit wajah dengan air yang bersih.
notes : Pati lidah buaya boleh menyempurnakan fungsi perjalanan darah, menyegarkan kulit, menghindarkan masalah kulit dan membuat kulit menjadi lembap. Pati lidah buaya mengandungi penapis yang melindungi kulit daripada bahaya sinaran ultra ungu yang merangsang pertumbuhan melanin juga mengurangkan pembentukan pigmen dan kecelaan pada kulit. Selain itu, mengandungi Vitamin C dan unsur-unsur penyubur semula jadi yang menjadikan kulit berseri-seri.

TIPS 8 : MENGHILANGKAN KOTORAN KULIT KULIT WAJAH
Perah limau dan tapis airnya. Ambil kapas muka dan serapkan beberapa titik air limau. Sapu rata ke seluruh wajah dan lakukan dengan sempurna. Tips ini boleh dibuat setiap hari untuk menghilangkan baki kotoran yang masih ada pada kulit.
notes : Jus Limau bertindak sebagai bahan penyegar yang dipanggil "toner" atau astringent"

TIPS 9 : MENGHAPUSKAN KEDUT MUKA
Pukul putih telur dan campurkan sedikit perahan limau nipis. Kemudian kacau sehingga sebati. Sapukan bahan ini di seluruh muka dan biar selama 10-15 minit. Setelah itu, bilas muka dengan air yang bersih. Kesannya, kulit muka akan terasa tegang dan lebih segar. Sel-sel yang mati akan hilang dan kulit tampak lebih putih. Sesuai dilakukan seminggu sekali.
notes : Putih telur berfungsi sebagai topeng serta bertindak menghilangkan bintik-bintik putih dan hitam. Cara ini dapat mengekalkan wajah daripada berkedut.

TIPS 10 : MENGHALUSKAN KULIT WAJAH
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus lebih kurang tiga cawan air. Minum selalu dalam tempoh tiga minggu. Daun ini juga boleh ditumbuk sehingga halus dan sental pada kulit wajah yang kusam atau pada parut.
notes : Herba ini dikatakan mampu menghilangkan bekas jerawat atau bekas parut pada muka serta memerahkan dan menghaluskan kulit muka.

TIPS 11 : MENGEKALKAN KECANTIKAN KULIT
Basuh muka dengan air kelapa tua dan biarkan selama 10-15 minit. Cuci dengan air bersih setelah kering. Amalkan berterusan untuk mengelakkan kulit menjadi kering yang boleh menyebabkan berkedut.

TIPS 12 : MENCANTIKKAN BIBIR DAN ELAK WAJAH TERLALU TEGANG
Sapukan 2 titik madu asli pada bibir sebelum tidur untuk mencantikkan bibir.
Untuk mengelakkan kulit wajah terlalu tegang, ambil sesudu madu dan ditumbuk dengan beberapa helai daun kobis sehingga berair. Sapukan pada muka dan biarkan 15 minit sebelum dicuci.

TIPS 13 : MEMBUANG BULU-BULU ROMA PADA WAJAH
Jemur kunyit hidup hingga kering dan asahkan kunyit kering itu ke batu untuk mengeluarkan airnya. Kemudian sapukan air kunyit itu ke seluruh wajah.
Ruang Miss : Semoga 13 tips ini bermanfaat untuk diamalkan supaya kekal cantik dan sihat! Selamat Mencuba ;)

Thanks share :)
ReplyDeleteBanyaknya tips untuk rawatan muka..
ReplyDeleteApa2 pun memang terbaik la tips2 yang diberi..
Bahan2 yang diguna pun mudah didapati..
Follow blog AlongMisuari
Artikel TERBARU AM
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)
HOT ITEM..
LeoRa For Men
LeoRa For Women
Terima Kasih
AlongMisuari
Kakak Tiri Cinderella : Most welcome ^_^
ReplyDeleteAlong Polimas : Banyak lagi sebenarnya, cuma ni pun dah panjang lebar. Hehe
penah dulu ambil daun lidah buaya, yang bergetah tu tempek kat muka. nak lawa sangat konon2 nya.last2 naik benjol2 macam kena gigit nyamuk.ha..hamik kau!!
ReplyDeleteNabila Syifa : Oh yeke. Mungkin muka tak sesuai kot. Hehehe saya buat okey pulak :D
ReplyDeletehmmm..banyaknya tips menarik
ReplyDeleteMirabeads azi : Banyak sangat :) Boleh try yang mana2 ;)
ReplyDeleteSuka s
ReplyDeleterubiah kadir : Terima kasih :)
ReplyDelete