M awi menceritakan detik kejadian dirompak. Mawi Cerita Detik Cemas Dirompak dan Di Acu Pisau | PETALING JAYA : Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani tidak dapat melupakan pengalaman ngeri apabila rumah banglo miliknya di Bangi Golf Resort di pecah masuk perompak pada Isnin sehingga mengancam nyawanya dan keluarga. Mawi , 31, berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi dan mengambil masa hanya 20 minit itu membuatkan dia cemas dan risau dengan keadaan keluarganya lebih-lebih lagi apabila wajahnya telah ditutup dengan baju selepas tangan diikat. "Saya baru nak lelapkan mata selepas pulang dari Johor Baru bagi menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal berlangsung tak lama lagi. "Tiba-tiba saya terjaga apabila pintu bilik diketuk kuat dan Ekin yang membuka pintu itu kerana menyangka pembantu rumah kami yang berbuat demikian. Menerusi tingkap inilah perompak memasuki banglo milik Mawi sebelum mengikatnya.
| Di mana ada Internet , Di situ ada Blog |