Skip to main content

Posts

Showing posts from July 5, 2012

Ella Bakal berkahwin pada 7 Julai dengan Pilot Firefly, Azhar Ghazali

KUALA LUMPUR : “Alhamdulillah akhirnya apa yang diperkatakan sebelum ini, persoalan bertahun-tahun yang diajukan kepada saya sudah ada jawapannya. Doakan yang terbaik dan semuanya berjalan lancar,” kata penyanyi terkenal, Norzila Haji Aminuddin atau Ella yang mengesahkan tarikh pernikahannya dengan jejaka pilihan, Azhar Ghazali . Tambahnya, majlis pernikahan secara tertutup itu akan diadakan pada 7 Julai depan di kediaman keluarganya di Klang, Selangor . “Majlis pernikahan ini sederhana saja, hanya teman dan keluarga terdekat kedua belah pihak saja diundang. Bukan merahsiakan atau tidak menjemput ramai orang, namun saya perlu menghormati permintaan banyak pihak terutama keluarga kami yang inginkan kesederhanaan untuk majlis pernikahan ini. “Insya-Allah majlis resepsi nanti pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya , saya akan jemput lebih ramai orang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam. Ella bersama Azhar yang juga seorang juruterbang syar