Skip to main content

Berbuka Puasa Di Kampung


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :)

Wahhh ! Sungguh lama saya tak update Amiey Blog ni kan ? Hehehe , sorry la yer
semua . Saya busy sangat dengan sekolah . Maklum lah , budak nak ambil SPM tahun
ni o_O Apa-apa pun , saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat
Islam ! :)

Okey , hari ni merupakan hari yang ke-4 kita berpuasa di Bulan Ramdhan . Jadi ,
hari ni kami iaitu abah , abang dan saya meluangkan masa untuk berbuka
bersama-sama "embah" & "atok" di kampung Sungai Besar , Selangor ! :D
Kakak saya tak dapat join sebab dia kerja . So , kita-kita jer la yang pergi .


Kami bergerak dari rumah pukul 6.15 petang . Sepanjang perjalanan kami dari
rumah sampai ke kampung hujan tak berhenti . Nasib baik tak lebat , kalau tak
nak keluar kereta pun susah . Kalau dah hujan , apa lagi ? Jem pun melanda ~
Nampaknya terpaksa la kami berbuka di dalam kereta dulu . Akhirnya , sampai
juga ke destinasi yang kami tuju pada pukul 7.53 p.m .

Memandangkan sudah lebih 2 bulan kami tak balik ke kampung , masuk jer rumah
embah & atok ni , Wow ! Macam-macam perubahan yang telah di'upgrade' dalam
rumah ni . Antaranya , lantai jubin , tempat gantung baju dengan apa entah
namanya yang atas rumah tu . Haha ! tengok je lah gambar bawah ni senang cite :D

See ? Embah dah tukar baru jubin nya dengan warna putih atas tu .
Haha , tak ingat nak sebut apa >_<

Kalau dulu , lapik dengan plastik jer .
Dengar tikus lari-lari , berjalan atas plastik tu . Hoho
Sekarang tak perlu takut lagi , embah dah tukar dengan papan :D

Tengok lah tu , tempat gantung baju pun dah tukar baru :D
Sebelum ni guna plastik jer sampai melendut plastik tu >_<
*Maaflah serabut sikit . huhu

Ada-ada jer embah & atok . Kalau lama 'sikit jer' tak balik sini , ada jer yang
ditukarnya . Huhu , hebat betul mereka berdua ni . Tentu raya tahun ni meriah
dengan perubahan semua ni . Tiap tahun mesti ada jer yang baru . Macam tahun
lepas , embah beli karpet baru . Hehehe . Tengok gambar bawah ni :D

Sampai dua karpet embah beli . Lembut pulak tu ^_^
Ni karpet tahun lepas , embah tak sempat nak kemas lagi la ni
sampai ber'double' karpet ni letak kat sini :D

Tak tau lah apa yang baru lagi sepanjang bulan ramadhan ni sementara menunggu
raya yang akan tiba tak lama lagi ni . Silap-silap , cat rumah pulak yang baru :D

Akhir kata , saya tetap happy sebab dapat juga berbuka dengan embah & atok
walaupun terlambat sikit ! :) Memang sedap lauk berbuka kat rumah embah :)
Okey , sampai sini saja saya bercerita . Terima kasih kerana sudi membaca !
Jumpa lagi ^_^ Love you all My Readers <3

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Holiday Di Glory Beach Resort Port Dickson

A S S A L A M U A L A I K U M Hai semua! Hari ni saya nak story about my holiday yang tak dirancang ni. Semuanya tak dirancang dan merupakan rezeki kami sekeluarga :) Uh! Ada laa seorang hamba Allah ni baik hati bagi tiket holiday dia dekat kami. Merupakan sebuah 'penthouse' di Glory Beach Resort Port Dickson ni yang berharga RM1,295 dan dah pun siap dibayar. Tinggal duduk je! Ya Allah! Semoga makin murah lah rezeki orang yang bagi kami duduk free ni :) Katanya yang ni 3 bintang, orang tu nak yang 5 bintang punya. Dah book yang 3 bintang ni, tiba-tiba yang 5 bintang tu ada kosong. Tu yang dia tak tau nak bagi sape, diberi peluang dekat kami ^_^ Okey, dah sampai. Ini lobby apartment tu. Excited nye jangan cakap laa kan :P Kami dapat Deluxe Penthouse. Rumah 2 tingkat dan tingkat paling atas. Kami check-in jumaat petang pukul 5.45pm for 3 hari 2 malam :D 7 August - 9 August 2015 Sorry gambar tak berkualiti. Huhuhu Cantik

Tips To Rock Pumps Heels

ASSALAMUALAIKUM Greetings to all readers and followers! Mari baca sedikit Tips Rock Pump Heels  terutamanya bagi wanita yang gemarkan heels dalam kehidupan mereka. Jangan ingat pakai heels ni tiada tips taw! ;) Tips To Rock Pumps Heels Wanita dan heels memang tak kan boleh dipisahkan. Setuju? Walaupun pemakaian pumps heels kadang kala amat menyakitkan kaki dan memberikan rasa yang kurang selesa semasa berjalan atau berdiri terlalu lama, namun wanita MASIH TETAP memilih untuk memakai heels sebagai jenis kasut pilihan mereka. Mengapa? Well, you know beauty is pain! Selain daripada meningkatkan tahap keyakinan si pemakai, heels juga membantu untuk menyerlahkan lagi penampilan sesiapa sahaja yang memakainya. Dan apa yang paling digemari oleh wanita, koleksi heels atau kasut tumit tinggi ini memberikan si pemakai ketinggian ideal yang mereka idam-idamkan. Okey, jom kita lihat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk tampil bergaya dengan memakai koleksi pum

Semakan Senarai Nama PLKN 2014 - Online dan SMS

AS SA LA MU AL AI KU M Haiii semua readers ~ Apa khabar semua ? Sihat ? Harap-harap begitu lah :) Okey , seperti yang korang semua tahu , sekarang ni tengah kecoh pasal pemilihan PLKN siri 11/2014 kan ? Bagi yang lahir pada tahun 1996 iaitu tingkatan 5 , korang dah boleh cek mulai 25 Julai 2013 tadi lagi ( khamis ) . Tapi ramai yang tak dapat masuk laman web PLKN tu , sebab terlalu ramai yang akses and laman web tu pon ' error '  Okey , bagi yang ingin membuat semakan bolehlah ikut step di bawah :) Layari laman web :  http://apps1.khidmatnegara.gov.my/ Then , korang akan jumpa macam ni . And you all need to click ' Semakan Pelatih Terpilih ' ( siri 11/2014 ) After that , korang akan jumpa macam gambar bawah ni :) Apa yang perlu korang buat ialah . . . Masukkan IC dengan lengkap seperti contoh di atas ;) Kemudian tekan button ' CARI ' Dan . . . . . Ini lah yang saya dapat . Huhuhu :'( Tida