ASSALAMUALAIKUM
Melaka Bandar Bersejarah merupakan tempat pelancongan yang tertumpu bagi rakyat Malaysia mahupun pelancong luar. Bandarnya yang penuh dengan sejarah dan bangunan-bangunan lama yang unik membuatkan pelancong tertarik untuk bercuti di Melaka.
Jadi, hari ni saya nak tunjukkan tempat-tempat menarik di Melaka yang ramai tak tahu dan saya sendiri pun baru tahu. Hehehe jom tengok!
1) LIMASTIGA, UMBAI, MELAKA
Limastiga di Umbai, Melaka menyediakan resort bersuasana kampung moden sesuai untuk orang yang kehidupannya penuh dengan kesibukan bandar. Siap ada kolam renang lagi taw! Only in Limastiga, Melaka dan hanya ambil masa 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua, hanya pengunjung beragama Islam sahaja yang dibenarkan untuk menginap di sini bagi menjaga kesucian tempat daripada tercemar bahan dan haiwan terlarang :)


Web : CLICK HERE
Facebook : CLICK HERE
2) DESA BALQIS, KUALA LINGGI, MELAKA
Kalau tadi suasana ala-ala kampung moden, anda juga boleh pergi ke Desa Balqis, Kuala Linggi untuk merasakan suasana ala-ala kampung Melayu zaman dahulu kala di tepi Selat Melaka. Tempat yang sangat sesuai bagi anda yang teringin nak menginap suasana kampung lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar ;)




Web : CLICK HERE
Facebook : CLICK HERE
3) PHILEA RESORT & SPA, MELAKA
Dengar nama pun dah rasa mewah kan? Tidak hairan lah, Philea Resort & Spa merupakan resort 5 bintang dan tempat percutian yang agak mewah tetapi masih mengekalkan suasana yang aman damai. Resort ini terletak di Ayer Keroh, Melaka yang semua orang mesti cuba! :D




Web : CLICK HERE
Facebook : CLICK HERE
4) THE CARPEDIA, PAYA RUMPUT, MELAKA
Tahun ini, Tha Carpedia menjadi viral yang merupakan tempat percutian yang unik dan ala-ala berada di oversea. Sekali imbas macam berada di Melbourne. Hakikatnya hanyalah di Melaka, Malaysia! Yaaa sangat unik kan ;) Ia nya boleh menampung seramai 6 orang walaupun nampak kecil dari pandangan luar.


Rumah berbentuk segitiga yang sangat comel. Hehehe. Boleh la menginap beberapa hari, lepastu selfie dan muatnaik dalam facebook ataupun instagram buat caption ala-ala bercuti dekat oversea. Pun bolehhh ~ :D



Web : CLICK HERE
Facebook : CLICK HERE
Miss : Nampak tak? Kita selalu pergi jalan-jalan dekat bandar melaka sewa hotel lah, homestay lah. Kali ni kita bertukar angin pulak try ke resort-resort yang unik dan lain daripada yang lain. Kalau macam ni lah, nampak gayanya memang tak nak balik. Hihihi
Menarik semuanya...
ReplyDelete