Skip to main content

Usia Kandungan Dato’ Siti Nurhaliza Masuk Dua Bulan


ASSALAMUALAIKUM

Akhbar Utusan Malaysia telah mensahihkan berita mengatakan Dato' Siti Nurhaliza Tarudin, 36, hamil, dengan bertanyakan daripada sumber terkdekat. Betul ke tidak Dato' Siti dah hamil?

Khabarnya, betullah, usia kandungan penyanyi ternama itu kini sudah memasuki bulan kedua. Mungkin selepas ini, ramai media akan bertanyakan sendiri tentang hal ini kepada tuan empunya diri.

Jika benar, satu sidang media akan berlangsung untuk mengumumkan berita gembira ini. Gambar di bawah dipetik daripada Utusan Malaysia.


Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, penyanyi bergelar 'si jantung hati Malaysia' itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.
"Ya, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu." - jelas sumber kepada Utusan Malaysia.
Seluruh keluarga terdekat mengetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu. Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.
"Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak 'mengiyakan' berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat 'penafian' kerana memang benar Siti sudah hamil. Tindakan itu bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah kita tidak terlalu didedahkan."

"Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua. " Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan." - kata sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut."
Hasil siasatan Utusan Malaysia juga, Siti Nurhaliza tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini. Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.

Spekulasi kehamilan Siti Nurhaliza tercetus pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu apabila penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan.



Sumber : Budiey.com

Comments

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^

Popular posts from this blog

Cerita Holiday Di Glory Beach Resort Port Dickson

A S S A L A M U A L A I K U M Hai semua! Hari ni saya nak story about my holiday yang tak dirancang ni. Semuanya tak dirancang dan merupakan rezeki kami sekeluarga :) Uh! Ada laa seorang hamba Allah ni baik hati bagi tiket holiday dia dekat kami. Merupakan sebuah 'penthouse' di Glory Beach Resort Port Dickson ni yang berharga RM1,295 dan dah pun siap dibayar. Tinggal duduk je! Ya Allah! Semoga makin murah lah rezeki orang yang bagi kami duduk free ni :) Katanya yang ni 3 bintang, orang tu nak yang 5 bintang punya. Dah book yang 3 bintang ni, tiba-tiba yang 5 bintang tu ada kosong. Tu yang dia tak tau nak bagi sape, diberi peluang dekat kami ^_^ Okey, dah sampai. Ini lobby apartment tu. Excited nye jangan cakap laa kan :P Kami dapat Deluxe Penthouse. Rumah 2 tingkat dan tingkat paling atas. Kami check-in jumaat petang pukul 5.45pm for 3 hari 2 malam :D 7 August - 9 August 2015 Sorry gambar tak berkualiti. Huhuhu Cantik

Tips To Rock Pumps Heels

ASSALAMUALAIKUM Greetings to all readers and followers! Mari baca sedikit Tips Rock Pump Heels  terutamanya bagi wanita yang gemarkan heels dalam kehidupan mereka. Jangan ingat pakai heels ni tiada tips taw! ;) Tips To Rock Pumps Heels Wanita dan heels memang tak kan boleh dipisahkan. Setuju? Walaupun pemakaian pumps heels kadang kala amat menyakitkan kaki dan memberikan rasa yang kurang selesa semasa berjalan atau berdiri terlalu lama, namun wanita MASIH TETAP memilih untuk memakai heels sebagai jenis kasut pilihan mereka. Mengapa? Well, you know beauty is pain! Selain daripada meningkatkan tahap keyakinan si pemakai, heels juga membantu untuk menyerlahkan lagi penampilan sesiapa sahaja yang memakainya. Dan apa yang paling digemari oleh wanita, koleksi heels atau kasut tumit tinggi ini memberikan si pemakai ketinggian ideal yang mereka idam-idamkan. Okey, jom kita lihat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk tampil bergaya dengan memakai koleksi pum

Gambar Pra Perkahwinan Pelakon Shukri Yahaya

ASSALAMUALAIKUM Pelakon Shukri Yahaya kini sedang buat persiapan kahwin. Khabarnya, pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri, Asam Pedas Untuk Dia ini merancang untuk berkahwin pada hujung tahun nanti. Baru-baru ini, pasangan ini telah pun menjalani sesi fotografi yang cukup simple tapi penuh makna. Nampak mereka ini sangat romantis. Foto ini semua dirakam oleh jurugambar profesional terkenal Pinography @pinographyofficial dan disolek oleh Ary Muzamer . “Insya-Allah, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Memang saya merancang untuk berkahwin sama ada hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan.” Wanita yang bakal menjadi suri hidup Shukri bernama Tya, 23, yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu. “Sudah tiga tahun saya berkawan dengan dia. Kami berkenalan di lokasi penggambaran. Ketika itu, saya sedang shooting. Dia datang ke set penggambaran dan daripada situlah kami berkawan sehingga ke hari ini,” cerita Shukri.