ASSALAMUALAIKUM
Hello! Happy Holiday all. Anda berada di sini mungkin tertarik dengan tajuk di atas dan ingin mengetahui Tips Memakai Skinny Pants, kan? Hehehe.
Saya percaya, ramai yang tak berani untuk cuba pakai Skinny Pants disebabkan mempunyai masalah seperti bentuk badan tidak sesuai, nampak 'weird' dan macam-macam lagi, betul?
Okey, jangan risau. Hari ni saya akan tunjukkan beberapa Tips dan Idea Memakai Skinny Pants yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda! ;)

Skinny Jeans merupakan seluar jenis denim yang paling digemari remaja baik lelaki mahupun perempuan. Saya dah buat beberapa survey, Skinny Pants tercarta dalam rangking paling atas dan merupakan seluar yang mempunyai potongan yang tirus dan cantik jika dibandingkan dengan design yang lain seperti boot cut, straight cut, flared cut dan lain-lain.
Seluar ini mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan sudah menjadi trend hampir semua penggemar fesyen sehingga kini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai bentuk badan yang menarik dan potongan kaki yang cantik.
Bukan mereka sahaja yang boleh pakai, anda yang kurang kepercayaan diri juga BOLEH! Jom ikut saya cuba tips berikut untuk pemakaian skinny pants wanita dengan sempurna.

TIPS PERTAMA
Pastikan anda sentiasa memakai Skinny Jeans tersebut dengan tops (blouse atau t-shirt) yang labuh dan longgar. Kenapa?
Kerana kebanyakan daripada kita mempunyai masalah di bahagian pinggul dan peha yang lebar. Jadi, pemakaian tops yang longgar dan labuh dapat melindungi bahagian tersebut.

TIPS KEDUA
Jika anda tidak mahu padankan Skinny Jeans dengan tops yang labuh, anda juga boleh memakai bersama outwear (cardigan, blazer, jaket).
Style ini dipanggil sebagai "Layering Up". Untuk tips ini juga pastikan anda memakai outwear yang cukup labuh dan loose.

TIPS KETIGA
Pemilihan kasut juga amat penting untuk dipadankan dengan Skinny Pants. Ia akan memberikan padanan yang lebih sesuai dan profesional.
Sempurnakan penampilan anda dengan memilih footwear atau kasut yang sesuai. Diri anda akan nampak lebih menyerlah jika memakai Skinny Pants tersebut dengan kasut tumit tinggi seperti High Heels, Wedges atau Ankle Boots.
*****************************
Miss : Semoga tips ini bermanfaat untuk semua dan menjadikan anda lebih semangat untuk menggayakan Skinny Pants :D Jumpa lagi di entry yang akan datang ;)

Comments
Post a Comment
^ Leave your comment here =) ^