Skip to main content

Ibu Bingung Bayi Koma



ALOR SETAR : Seorang ibu bingung dan pada masa sama sedih apabila memikirkan mengenai bayinya yang berusia lima bulan kini koma selepas didakwa mengalami pendarahan otak akibat hentakan kuat pada kepalanya ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim bulan lalu.

Rosmira Ramli, 28, memberitahu, bayinya, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan kini kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya pada 20 Jun lalu.

Katanya, sehingga kini, bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan masih belum sedarkan diri dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh.

“Setakat hari ini (semalam), saya masih tidak tahu punca sebenar bayi saya jadi begini dan hanya dimaklumkan pengasuh yang Muhammad Taufiq tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiru-biruan ketika berada di bawah jagaannya.

“Pengasuh memberitahu yang dia sempat memberikan susu dan sendawakan bayi saya sebelum meninggalkannya untuk melihat kanak-kanak lain yang dijaga di situ,” ceritanya ketika ditemui di HSB semalam.

Bagaimanapun tambahnya, tidak lama kemudian pengasuh memberitahu yang dia mendengar Muhammad Taufiq menangis dengan kuat dan mendapati bayi malang tersebut bertukar kebiru-biruan dan pengsan. – Kosmo

credit to maklumat

Comments

  1. Eyanz Azeanthy Paiman : hmm tau x per kan...macam2 boleh jadi sekarang ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^

Popular posts from this blog

Cerita Holiday Di Glory Beach Resort Port Dickson

A S S A L A M U A L A I K U M Hai semua! Hari ni saya nak story about my holiday yang tak dirancang ni. Semuanya tak dirancang dan merupakan rezeki kami sekeluarga :) Uh! Ada laa seorang hamba Allah ni baik hati bagi tiket holiday dia dekat kami. Merupakan sebuah 'penthouse' di Glory Beach Resort Port Dickson ni yang berharga RM1,295 dan dah pun siap dibayar. Tinggal duduk je! Ya Allah! Semoga makin murah lah rezeki orang yang bagi kami duduk free ni :) Katanya yang ni 3 bintang, orang tu nak yang 5 bintang punya. Dah book yang 3 bintang ni, tiba-tiba yang 5 bintang tu ada kosong. Tu yang dia tak tau nak bagi sape, diberi peluang dekat kami ^_^ Okey, dah sampai. Ini lobby apartment tu. Excited nye jangan cakap laa kan :P Kami dapat Deluxe Penthouse. Rumah 2 tingkat dan tingkat paling atas. Kami check-in jumaat petang pukul 5.45pm for 3 hari 2 malam :D 7 August - 9 August 2015 Sorry gambar tak berkualiti. Huhuhu Cantik...

Tips To Rock Pumps Heels

ASSALAMUALAIKUM Greetings to all readers and followers! Mari baca sedikit Tips Rock Pump Heels  terutamanya bagi wanita yang gemarkan heels dalam kehidupan mereka. Jangan ingat pakai heels ni tiada tips taw! ;) Tips To Rock Pumps Heels Wanita dan heels memang tak kan boleh dipisahkan. Setuju? Walaupun pemakaian pumps heels kadang kala amat menyakitkan kaki dan memberikan rasa yang kurang selesa semasa berjalan atau berdiri terlalu lama, namun wanita MASIH TETAP memilih untuk memakai heels sebagai jenis kasut pilihan mereka. Mengapa? Well, you know beauty is pain! Selain daripada meningkatkan tahap keyakinan si pemakai, heels juga membantu untuk menyerlahkan lagi penampilan sesiapa sahaja yang memakainya. Dan apa yang paling digemari oleh wanita, koleksi heels atau kasut tumit tinggi ini memberikan si pemakai ketinggian ideal yang mereka idam-idamkan. Okey, jom kita lihat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk tampil bergaya dengan memakai koleksi...

Gambar Pra Perkahwinan Pelakon Shukri Yahaya

ASSALAMUALAIKUM Pelakon Shukri Yahaya kini sedang buat persiapan kahwin. Khabarnya, pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri, Asam Pedas Untuk Dia ini merancang untuk berkahwin pada hujung tahun nanti. Baru-baru ini, pasangan ini telah pun menjalani sesi fotografi yang cukup simple tapi penuh makna. Nampak mereka ini sangat romantis. Foto ini semua dirakam oleh jurugambar profesional terkenal Pinography @pinographyofficial dan disolek oleh Ary Muzamer . “Insya-Allah, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Memang saya merancang untuk berkahwin sama ada hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan.” Wanita yang bakal menjadi suri hidup Shukri bernama Tya, 23, yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu. “Sudah tiga tahun saya berkawan dengan dia. Kami berkenalan di lokasi penggambaran. Ketika itu, saya sedang shooting. Dia datang ke set penggambaran dan daripada situlah kami berkawan sehingga ke hari ini,” cerita Shukri. ...