Skip to main content

Ibu Bingung Bayi Koma



ALOR SETAR : Seorang ibu bingung dan pada masa sama sedih apabila memikirkan mengenai bayinya yang berusia lima bulan kini koma selepas didakwa mengalami pendarahan otak akibat hentakan kuat pada kepalanya ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim bulan lalu.

Rosmira Ramli, 28, memberitahu, bayinya, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan kini kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya pada 20 Jun lalu.

Katanya, sehingga kini, bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan masih belum sedarkan diri dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh.

“Setakat hari ini (semalam), saya masih tidak tahu punca sebenar bayi saya jadi begini dan hanya dimaklumkan pengasuh yang Muhammad Taufiq tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiru-biruan ketika berada di bawah jagaannya.

“Pengasuh memberitahu yang dia sempat memberikan susu dan sendawakan bayi saya sebelum meninggalkannya untuk melihat kanak-kanak lain yang dijaga di situ,” ceritanya ketika ditemui di HSB semalam.

Bagaimanapun tambahnya, tidak lama kemudian pengasuh memberitahu yang dia mendengar Muhammad Taufiq menangis dengan kuat dan mendapati bayi malang tersebut bertukar kebiru-biruan dan pengsan. – Kosmo

credit to maklumat

Comments

  1. Eyanz Azeanthy Paiman : hmm tau x per kan...macam2 boleh jadi sekarang ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

^ Leave your comment here =) ^

Popular posts from this blog

Tips To Rock Pumps Heels

ASSALAMUALAIKUM Greetings to all readers and followers! Mari baca sedikit Tips Rock Pump Heels  terutamanya bagi wanita yang gemarkan heels dalam kehidupan mereka. Jangan ingat pakai heels ni tiada tips taw! ;) Tips To Rock Pumps Heels Wanita dan heels memang tak kan boleh dipisahkan. Setuju? Walaupun pemakaian pumps heels kadang kala amat menyakitkan kaki dan memberikan rasa yang kurang selesa semasa berjalan atau berdiri terlalu lama, namun wanita MASIH TETAP memilih untuk memakai heels sebagai jenis kasut pilihan mereka. Mengapa? Well, you know beauty is pain! Selain daripada meningkatkan tahap keyakinan si pemakai, heels juga membantu untuk menyerlahkan lagi penampilan sesiapa sahaja yang memakainya. Dan apa yang paling digemari oleh wanita, koleksi heels atau kasut tumit tinggi ini memberikan si pemakai ketinggian ideal yang mereka idam-idamkan. Okey, jom kita lihat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk tampil bergaya dengan memakai koleksi...

Cerita Holiday Di Glory Beach Resort Port Dickson

A S S A L A M U A L A I K U M Hai semua! Hari ni saya nak story about my holiday yang tak dirancang ni. Semuanya tak dirancang dan merupakan rezeki kami sekeluarga :) Uh! Ada laa seorang hamba Allah ni baik hati bagi tiket holiday dia dekat kami. Merupakan sebuah 'penthouse' di Glory Beach Resort Port Dickson ni yang berharga RM1,295 dan dah pun siap dibayar. Tinggal duduk je! Ya Allah! Semoga makin murah lah rezeki orang yang bagi kami duduk free ni :) Katanya yang ni 3 bintang, orang tu nak yang 5 bintang punya. Dah book yang 3 bintang ni, tiba-tiba yang 5 bintang tu ada kosong. Tu yang dia tak tau nak bagi sape, diberi peluang dekat kami ^_^ Okey, dah sampai. Ini lobby apartment tu. Excited nye jangan cakap laa kan :P Kami dapat Deluxe Penthouse. Rumah 2 tingkat dan tingkat paling atas. Kami check-in jumaat petang pukul 5.45pm for 3 hari 2 malam :D 7 August - 9 August 2015 Sorry gambar tak berkualiti. Huhuhu Cantik...

Tips Memakai Skinny Pants

ASSALAMUALAIKUM Hello! Happy Holiday all. Anda berada di sini mungkin tertarik dengan tajuk di atas dan ingin mengetahui Tips Memakai Skinny Pants , kan? Hehehe. Saya percaya, ramai yang tak berani untuk cuba pakai Skinny Pants disebabkan mempunyai masalah seperti bentuk badan tidak sesuai, nampak 'weird' dan macam-macam lagi, betul? Okey, jangan risau. Hari ni saya akan tunjukkan beberapa Tips dan Idea Memakai Skinny Pants yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda! ;) Skinny Jeans merupakan seluar jenis denim yang paling digemari remaja baik lelaki mahupun perempuan. Saya dah buat beberapa survey, Skinny Pants tercarta dalam rangking paling atas dan merupakan seluar yang mempunyai potongan yang tirus dan cantik jika dibandingkan dengan design yang lain seperti boot cut , straight cut , flared cut dan lain-lain. Seluar ini mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan sudah menjadi trend hampir semua penggemar fesyen sehingga kini...